awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta api laju terpantas di dunia catat 453 km/j dalam ujian praperkhidmatan di China

Bernama
Bernama
21/10/2025
12:00 MYT
Kereta api laju terpantas di dunia catat 453 km/j dalam ujian praperkhidmatan di China
Siri CR450, yang direka untuk kelajuan ujian maksimum 450 km/j dan kelajuan operasi komersial 400 km/j. - Gambar/ CRRC
BEIJING: Kereta api laju terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan di laluan rel laju di China, mencatat kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Kereta api laju CR450 memulakan ujian pra-perkhidmatan di China dengan kelajuan maksimum 453 km/j, direka untuk operasi komersial pada kelajuan 400 km/j dan mencipta rekod berselisih dua tren pada kelajuan gabungan 896 km/j.
  • CR450 menampilkan reka bentuk aerodinamik baharu termasuk bahagian hadapan lebih panjang, bumbung direndahkan 20 sentimeter dan berat dikurangkan sebanyak 50 tan, menjadikan rintangan udara berkurang 22 peratus berbanding model CR400.
  • Tren ini perlu melengkapkan 600,000 km operasi tanpa masalah sebelum diluluskan untuk membawa penumpang, menggantikan CR400 Fuxing yang kini beroperasi pada kelajuan 350 km/j.

Siri CR450, yang direka untuk kelajuan ujian maksimum 450 km/j dan kelajuan operasi komersial 400 km/j, kini menjalani ujian kelayakan di laluan kereta api laju yang menghubungkan bandar timur Shanghai dengan bandar pedalaman barat Chengdu, menurut Science and Technology Daily pada Isnin.
Kereta api laju ini boleh memecut dari keadaan pegun ke 350 km/j dalam hanya 4 minit 40 saat dan dua tren mencipta rekod apabila berselisih pada kelajuan gabungan 896 km/j.
Berbanding model sebelumnya, CR400, CR450 menampilkan bahagian hadapan yang lebih panjang dan aerodinamik, garis bumbung yang direndahkan sebanyak 20 sentimeter dan pengurangan berat sebanyak 50 tan, yang menyumbang kepada pengurangan 22 peratus dalam rintangan aerodinamik.
Kereta api laju CR400 Fuxing yang kini beroperasi bergerak pada kelajuan 350 km/j. CR450 mesti melengkapkan 600,000 km operasi tanpa masalah sebelum boleh diberikan kelulusan untuk membawa penumpang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta api laju
#China
#CR450
#kelajuan maksimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan