SINGAPURA:Kerjasama global kekal penting dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan meneruskan pertumbuhan, selain perlu melihat melangkaui daripada kembali kepada status quo ante, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
"Kita perlu melihat ke hadapan. Antara negara, kerajaan dan perniagaan perlu bekerjasama untuk meneroka pasaran baharu dan membangunkan teknologi baharu," kata Lee ketika menyampaikan ucapan khas secara maya pada Minggu Agenda Davos Forum Ekonomi Dunia dari Singapura.
Di peringkat luaran, Lee berkata negara perlu mengukuhkan rangka kerja untuk kerjasama antarabangsa.
"Sebagai tugas segera, negara perlu bekerjasama membangunkan sistem yang standard dan kukuh untuk mengesahkan keaslian ujian dan vaksinasi. Ini penting untuk membuka semula sempadan dan menyambung semula perjalanan antarabangsa," katanya.
Dalam jangka masa panjang, beliau berkata negara perlu bekerjasama untuk mengemas kini dan mengukuhkan institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan mewujudkan peraturan baharu untuk menjalankan dan menggalakkan bentuk aktiviti ekonomi baharu.
Sebagai contoh, Lee berkata bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi digital dan memudahkan aliran data dan e-pembayaran rentas sempadan yang selamat dan cekap, "kita perlu membangunkan peraturan e-perdagangan baharu."
Katanya republik telah memuktamadkan Perjanjian Ekonomi Digital dengan negara-negara seperti Australia, Chile dan New Zealand.
"Kami berharap ini hanya permulaan. Kami menggalakkan semua negara untuk sama-sama membentuk dan mengembangkan ekonomi digital di seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata pemeteraian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada tahun lepas oleh 15 negara juga merupakan komitmen secara kolektif yang utama kepada integrasi perdagangan dan ekonomi, dalam menghadapi pandemik.
"RCEP akan memperluaskan perdagangan, membuka pasaran di Asia Timur dan Asia Tenggara serta Australasia, dan berharap dapat mengelak galakan kepada berdaya tahan dan kebergantungan kepada diri sendiri daripada pergi terlalu jauh," katanya.
Forum Ekonomi Dunia akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Khas 2021 di Singapura selama empat hari mulai 25 Mei dan akan kembali ke Davos-Klosters, Switzerland, untuk Mesyuarat Tahunan 2022.
Mesyuarat Tahunan Khas 2021 di Singapura akan menjadi acara kepimpinan global yang pertama untuk memberi tumpuan kepada pemulihan di seluruh dunia daripada pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021
Menurut Lee dalam jangka masa panjang negara perlu bekerjasama untuk mengemas kini dan mengukuhkan institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). - Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Lee Hsien Loong akan dilantik Menteri Kanan - Lawrence Wong
Lee Hsien Loong akan kekal dalam kabinet kerajaan Singapura sebagai Menteri Kanan selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Lawrence Wong dilantik PM Singapura baharu 15 Mei
Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura pada 15 Mei depan.
PM Lee ucap tahniah kepada PM Pihak Berkuasa Palestin Mohammad Mustafa
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Dr Mohammad Mustafa atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin.
PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya'
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, perjanjian itu ternyata berjaya, dan membawa manfaat ekonomi kepada negaranya,dan menarik kedatangan pelancong dari seluruh rantau Asean.
Menteri Kabinet Singapura S Iswaran letak jawatan, keluar PAP
Lee Hsien Loong menyatakan bahawa Pendakwa Raya pada Khamis telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap S Iswaran di mahkamah.
Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
Malaysia, Singapura perkukuh jalinan ekonomi dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berada di landasan untuk direalisasikan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Singapura hari ini.
Perbincangan mengenai SFZ, SEZ di Johor di peringkat akhir - PM Anwar
PM Anwar berkata beliau akan berjumpa dengan PM Lee Hsien Loong pada pertengahan Januari, bagi membincangkan hal tersebut
PM Singapura berhasrat serah kepimpinan kepada TPM Lawrence Wong sebelum PRU
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyuarakan hasrat untuk menyerahkan pucuk kepimpinan kepada timbalannya Lawrence Wong, sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.
Batu Puteh: Peguam Negara Malaysia-Singapura perlu dilibatkan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan penglibatan langsung Peguam Negara (AG) Malaysia dan Singapura.