Skip to main content

Dunia

Kerosakan dilaporkan di Israel susulan serangan Iran

AP
Peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran kelihatan melintasi ruang udara di atas kawasan Israel tengah. - Foto AP

TEL AVIV: Beberapa bangunan dilaporkan mengalami kerosakan di kawasan Israel tengah selepas gelombang baharu serangan Iran, menurut laporan Haaretz yang memetik maklumat daripada perkhidmatan kecemasan.

Serangan itu dilaporkan berlaku sekitar 21.40 GMT, dengan saksi dan wartawan antarabangsa, termasuk dari AFP, melaporkan bunyi dua siri letupan serentak di sekitar Tel Aviv.

Advertisement

Siren amaran turut berbunyi di Tel Aviv, kawasan tengah Israel serta Tebing Barat yang diduduki.

Gelombang serangan ini berlaku ketika ketegangan semakin meningkat antara Iran dan Israel selepas beberapa serangan balas yang berlaku sejak minggu lalu.

Perkhidmatan kecemasan Israel kini sedang menilai skala kerosakan serta memastikan tiada mangsa yang terperangkap.

 

 

Must Watch Video