Skip to main content

Dunia

Kerugian banjir Nepal dianggarkan cecah AS$2.56 bilion

A satellite image shows buildings and roads before flash floods and a mudslide, in Timure, Nepal, July 1, 2026. Vantor/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT. DO NOT OBSCURE LOGO.
Kos bagi tempoh empat bulan pertama pemulihan awal, termasuk pembinaan semula jalan raya, penyediaan penempatan sementara, bekalan air minuman dan pemulihan bekalan elektrik, dianggarkan berjumlah AS$52.6 juta. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

KATHMANDU: Kerugian akibat banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat yang melanda Nepal minggu lalu dianggarkan mencecah sekurang-kurangnya 387.5 bilion rupee Nepal (AS$2.56 bilion atau kira-kira RM10.36 bilion).

Ketua Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMA) Nepal, Dharma Raj Upreti, berkata anggaran awal itu meliputi kerosakan kepada harta benda, perumahan dan infrastruktur utama negara.

Menurut beliau, kos bagi tempoh empat bulan pertama pemulihan awal, termasuk pembinaan semula jalan raya, penyediaan penempatan sementara, bekalan air minuman dan pemulihan bekalan elektrik, dianggarkan berjumlah AS$52.6 juta.

"Ini hanyalah anggaran semasa. Kami mengira jumlah tersebut melalui penyelarasan dengan pelbagai agensi dan jabatan berkaitan, manakala penilaian yang lebih terperinci akan dilakukan tidak lama lagi," katanya kepada media pada Jumaat.

Beliau berkata Nepal perlu membina semula kira-kira 20,000 rumah di kawasan terjejas, dengan sekurang-kurangnya 7,500 daripadanya musnah sepenuhnya.

Bencana itu bermula pada 26 Ogos apabila keruntuhan glasier menyebabkan aliran ais, batu dan lumpur meluru ke Sungai Trishuli di kawasan sempadan Nepal-China.

Kejadian itu memusnahkan bandar dan kampung di sepanjang lembangan sungai berkenaan serta mengorbankan lebih 1,250 orang. Lebih 4,200 lagi masih dilaporkan hilang, manakala ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.

Must Watch Video

Advertisement