BEKAS penyerang Liverpool, Daniel Sturridge telah diarah membayar £22,400 (RM125,811) kepada seorang lelaki yang menemui anjingnya yang hilang, dua tahun lepas.
Anjing Pomeranian bernama Lucci itu dicuri dari sebuah rumah di Los Angeles pada 2019 dan Sturridge menawarkan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang berjaya menemuinya.
Foster Washington berkata dia merupakan individu yang menyatukan semula Sturridge dan anjing kesayangannya, tetapi wang ganjaran yang dijanjikan tidak diberikan.
Dokumen mahkamah yang diperoleh menunjukkan bahawa Sturridge tidak menjawab aduan yang dibuat ke atasnya.
Hakim Curtis Kin memerintahkan Sturridge perlu membayar wang ganjaran berkenaan, selain kos sebanyak $85.
"Saya teruja dan tidak percaya ia sudah berakhir. Semasa menemui anjing itu, saya fikir hidup saya akan menjadi lebih baik," kata Washington.
Pada 2019, bekas pemain antarabangsa England itu berkongsi gambar kerosakan rumahnya di West Hollywood dan imej CCTV tiga lelaki bagi membolehkan orang ramai membantunya mencari Lucci.
“Kami akan berikan bayaran kepada mereka yang menemui Lucci, tidak kisah berapa pun jumlahnya," tulis Sturridge.
Namun dalam kemas kini terbaharu di Twitter, Sturridge yang kini bermain untuk Perth Glory dalam Liga A Australia memaklumkan dia sudah pun membayar wang ganjaran itu.
"Saya bertemu dengan anak muda yang menemui anjing saya dan memberinya ganjaran. Saya mengambil gambar dengannya dan kami mempunyai bukti video dan audio tentang apa yang berlaku semasa Lucci dikembalikan.
"Sesetengah orang memang suka mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Terima kasih kepada anak muda itu sekali lagi," tulisnya.
Agensi
Sat Dec 25 2021
Sturridge bersama anjing kesayangannya, Lucci. - Foto Instagram/Daniel Sturridge
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Kes anjing hilang: Bekas bintang Liverpool diarah bayar wang ganjaran
Namun dalam kemas kini terbaharu di Twitter, Sturridge memaklumkan dia sudah pun membayar wang ganjaran itu.
Sturridge ke West Brom secara pinjaman
Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu berhempas-pulas untuk memulakan musim dengan baik, dengan Roberto Firmino membuktikan kemampuannya sebagai pilihan tetap di bahagian depan Liverpool.
Masa depan Sturridge masih belum terjamin
Pemain berusia 27 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan Januari lalu namun akhirnya tetap kekal bersama Liverpool.
Saya tidak faham mengapa Rooney dicemuh - Southgate
Pengurus sementara England tidak memahami mengapa para penyokong mencemuh kapten pasukan, Wayne Rooney ketika menewaskan Malta 2-0.
Super Mario Itali benam England 2-1
Penyerang kontroversi, Mario Balotelli membantu Itali mengutip tiga mata penuh apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya.