Skip to main content

Malaysia

MCMC pandang serius penyalahgunaan identiti pegawai dalam kes penipuan

MCMC menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan atau mesej daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai suruhanjaya berkenaan.
MCMC menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan atau mesej daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai suruhanjaya berkenaan.
Advertisement

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius penyalahgunaan nama dan identiti pegawainya bagi tujuan memperdaya orang ramai, termasuk melalui kegiatan penipuan.

MCMC memaklumkan pihaknya mengambil maklum laporan tentang penahanan 61 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan sindiket penipuan, termasuk penyamaran sebagai pegawai suruhanjaya itu, susulan operasi yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Selangor.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan nama dan identiti pegawai bagi tujuan memperdaya orang ramai, khususnya melalui kegiatan penipuan yang boleh menjejaskan keselamatan serta kepercayaan masyarakat,” menurut MCMC dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

MCMC menjelaskan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dalam membantu siasatan yang sedang dijalankan, termasuk menyalurkan maklumat berkaitan.

Dalam pada itu, MCMC menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan atau mesej daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai suruhanjaya berkenaan.

Advertisement

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat pengesahan melalui saluran rasmi sebelum memberikan sebarang maklumat peribadi atau melakukan transaksi kewangan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement