awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 di Jakarta terus membimbangkan, Gabenor dan timbalan turut dijangkiti

Bernama
Bernama
01/12/2020
07:26 MYT
Kes COVID-19 di Jakarta terus membimbangkan, Gabenor dan timbalan turut dijangkiti
ANIES: Setelah berkonsultasi dan sesuai dengan arahan doktor, saya akan menjalani isolasi mandiri dan mengikuti prosedur perubatan yang ditetapkan pasukan perubatan. - Facebook Anies Baswedan
JAKARTA:Gabenor Jakarta dan timbalannya turut dijangkiti COVID-19 ketika provinsi itu terus mencatatkan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan.
Anies Baswedan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ujian calitan yang dilakukannya semalam menunjukkan beliau positif, selepas dua hari timbalannya, Ahmad Riza Patria disahkan dijangkiti virus itu.
"Setelah berkonsultasi dan sesuai dengan arahan doktor, saya akan menjalani isolasi mandiri dan mengikuti prosedur perubatan yang ditetapkan pasukan perubatan," katanya.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia semalam, Jakarta menjadi provinsi yang mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 136,861 kes.
Sebanyak 1,099 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, manakala jumlah kematian keseluruhan di provinsi itu kini 2,660 kes.
Semalam, Indonesia mencatatkan 4,617 kes positif baharu menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini berjumlah 538,883 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jakarta
#Indonesia
#jangkitan
#positif
#COVID-19
#pandemik
#Gabenor Jakarta
#Anies Baswedan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan