Skip to main content

Dunia

Kes Ebola di Republik Demokratik Congo meningkat kepada 6,600

Dipercayai ramai lagi individu yang dijangkiti tidak direkodkan dalam sistem pemantauan epidemiologi, dengan sebilangan besar meninggal dunia di luar kemudahan perubatan. - Gambar fail/Reuters
Dipercayai ramai lagi individu yang dijangkiti tidak direkodkan dalam sistem pemantauan epidemiologi, dengan sebilangan besar meninggal dunia di luar kemudahan perubatan. - Gambar fail/Reuters

Advertisement

Advertisement

MOSCOW: Jumlah kes Ebola yang disahkan di Republik Demokratik Congo (DRC) meningkat kepada  6,604 kes dengan 3,175 kematian dilaporkan, menurut Institut Kesihatan Awam Nasional DRC (INSP) pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Dalam tempoh 24 jam lepas, sebanyak 82 kes baharu dan 41 kematian direkodkan. Jumlah keseluruhan kes sejak wabak bermula kini mencecah 6,604, dengan 3,175 kematian," menurut kenyataan itu.

Menurut doktor dan pekerja kemanusiaan yang ditemu bual The Washington Post di wilayah Ituri dan Kivu Utara, statistik rasmi itu mungkin hanya menggambarkan sebahagian daripada jumlah sebenar kes.

Advertisement

Ramai individu yang dijangkiti tidak direkodkan dalam sistem pemantauan epidemiologi, dengan sebilangan besar meninggal dunia di luar kemudahan perubatan.

Ketika ini, tiada vaksin atau rawatan bagi strain Ebola Bundibugyo baharu itu yang dilesenkan secara rasmi. Bagaimanapun, data makmal menunjukkan bahawa vaksin Ervebo yang baharu mungkin memberikan perlindungan pada tahap tertentu.

Advertisement

 -- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement