BANGKOK: Thailand mencatatkan 2,839 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, kes harian tertinggi pada hari kedua berturut-turut dengan pihak berkuasa memberi jaminan katil hospital mencukupi di tengah-tengah gelombang jangkitan ketiga, pandemik terburuk di negara itu.
Jurucakap Pusat Pentadiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan kepada 53,022 sejak pandemik itu bermula tahun lalu dan dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand juga merekodkan lapan kematian baharu, juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam sehari menjadikan jumlah kematian kepada 129.
Daripada jumlah kes baharu itu, beliau berkata 2,827 adalah penularan tempatan dan 12 kes import.
Beliau berkata Bangkok mendahului senarai itu dengan jumlah kes tertinggi ialah 1,582 diikuti Chiang Mai (151), Chonburi (118), Nonthaburi (96) dan Samut Prakan (84).
Beliau berkata gelombang ketiga wabak itu telah mencatatkan 24,159 kes dan 35 kematian hanya dalam tempoh 24 hari.
"Sehingga kini seramai 22,327 orang dimasukkan ke hospital iaitu 17,924 dirawat di hospital dan 4,403 di hospital lapangan.
Terdapat 418 orang lagi berada dalam keadaan serius manakala 113 menggunakan ventilator," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Tambahnya, kematian baharu itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita - semua warganegara Thailand berumur antara 48 dan 89 tahun yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik kecuali pesakit berumur 48 tahun itu yang mempunyai masalah obesiti.
Mengenai katil hospital, Taweesin memberi jaminan katil hospital mencukupi di negara itu untuk menangani lonjakan kes COVID-19
Beliau berkata terdapat sejumlah 40,524 katil di hospital dan hospital lapangan dengan 21,138 masih kosong.
Memandangkan kes COVID-19 terus meningkat, beliau berkata Kementerian Kesihatan Awam sedang menambah lebih banyak katil hospital.
Lonjakan ketara jangkitan itu mencetuskan kebimbangan mengenai kekurangan katil hospital kerana Thailand menetapkan semua pesakit COVID-19 dimasukkan dan dirawat di hospital bagi mengurangkan penularan.
Media tempatan melaporkan Bangkok mempunyai 262 katil di unit rawatan rapi (ICU) dan hanya 69 katil tidak didiami. Jika jangkitan COVID-19 terus meningkat sebanyak 1,500 kes sehari, semua katil ICU di Bangkok akan penuh dalam tempoh enam hingga lapan hari.
Bagi menghentikan penularan pandemik COVID-19 di negara itu, pemakaian pelitup muka di tempat awam diwajibkan di 42 wilayah termasuk Phuket, Pattani, Songkhla, Kanchanaburi dan Samut Sakhon.
Selain itu, semua kompleks beli-belah dan bazar komuniti di kawasan zon merah termasuk Bangkok akan dibuka dari 11 pagi hingga 8 malam bermula esok hingga 2 Mei manakala pasar raya dan kafetaria akan ditutup pada 9 malam. Kedai serbaneka akan beroperasi dari 5 pagi hingga 10 malam.
Sementara itu dalam ucapan yang disiarkan di televisyen malam tadi, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha meyakinkan rakyat di negara itu, kerajaan berupaya menangani wabak terbaru itu.
"Rakyat harus terus berhati-hati dan (malah) mematuhi langkah yang dikeluarkan oleh CCSA. Ini membantu meringankan beban petugas perubatan dan situasi COVID-19 harus segera terkawal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021
Thailand mencatatkan 2,839 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, kes harian tertinggi pada hari kedua berturut-turut. - Gambar fail/REUTERS
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.