BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan ikat jamin 500,000 baht (RM64,138) oleh Mahkamah Jenayah di sini Selasa, selepas beliau didakwa secara rasmi kerana menghina monarki dan tuduhan berkaitan jenayah komputer berkaitan komen yang dibuat semasa temu bual pada 2015.
Mahkamah berkata Thaksin telah menafikan semua pertuduhan dan memohon ikat jamin kerana faktor usia.
"Selepas dipertimbangkan, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak 500,000 baht dan Thaksin dilarang melakukan perjalanan ke luar negara.
"Mahkamah juga menetapkan 19 Ogos untuk pendengaran praperbicaraan," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Jurucakap Pejabat Peguam Negara (OAG) berkata Thaksin melapor diri kepada pendakwa raya pada pagi Selasa dan dibawa ke Mahkamah Jenayah untuk pendakwaan dalam kes lese-majeste itu.
Jurucakap itu berkata Pendakwa Raya bagi Kes Jenayah Bahagian 8, sebagai pendakwa utama yang ditugaskan oleh peguam negara, telah memfailkan pertuduhan terhadap Thaksin di Mahkamah Jenayah mengikut dakwaan berkenaan.
Artikel 112 Kanun Jenayah Thailand, juga dikenali sebagai undang-undang lese-majeste membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap kesalahan.
Menurut media Thailand, Thaksin, 74, dituduh memfitnah monarki itu semasa temu bual dengan akhbar Korea Selatan Chosun Ilbo pada 21 Mei 2015.
Dalam temu bual itu, beliau didakwa mendakwa ahli majlis privy menyokong rampasan kuasa 2014 yang menggulingkan kerajaan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra.
Bulan lepas, OAG mengumumkan keputusannya untuk mendakwa Thaksin, yang sedang parol pada masa itu. Pendakwaan pada mulanya ditetapkan untuk tarikh yang lebih awal tetapi ditangguhkan ke Selasa (hari ini) kerana Thaksin dilaporkan dijangkiti COVID-19.
Thaksin adalah pemimpin politik paling popular dalam sejarah Thailand. Beliau berada dalam buangan selepas rampasan kuasa tentera pada September 2006 dan menghadapi beberapa tuduhan rasuah.
Pada 22 Ogos 2023, Thaksin pulang ke Thailand dan mengetahui bahawa beliau perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun yang dikeluarkan tanpa kehadirannya.
Pada hari yang sama beliau tiba di Thailand, Thaksin dimasukkan ke hospital selepas sakit.
Pada 1 Sept lepas, Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn memberikan pengampunan separa kepadanya, mengurangkan hukuman itu daripada lapan tahun kepada satu tahun.
Pada 18 Feb, Thaksin dibebaskan dengan parol.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024
Thaksin menafikan semua pertuduhan dan memohon ikat jamin kerana faktor usia. -Reuters
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
Thaksin Shinawatra tidak risau tentang pertuduhan kes jenayah terhadapnya
Thaksin dan penyokongnya berpegang teguh kepada pendapat mereka bahawa kesemua pertuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.
Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri
Paetongtarn, 37, menerima perkenan diraja secara bertulis daripada Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada pagi Ahad, dua hari selepas dipilih oleh parlimen.
Bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra dapat pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilapor telah dimasukkan dalam senarai pengampunan diraja untuk banduan dan tempoh parol akan berakhir esok.
Paetongtarn Shinwatra dipilih sebagai PM baharu Thailand
Pemimpin parti Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra memperoleh undi majoriti di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Thailand ke-31.
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Kes hina monarki: Bekas PM Thailand Thaksin bebas dengan ikat jamin
Mahkamah berkata Thaksin telah menafikan semua pertuduhan dan memohon ikat jamin kerana faktor usia.
Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara
Ia merupakan penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol
Thaksin meninggalkan hospital pada 6.06 pagi Ahad, di mana beliau berada sejak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman
Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.