awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun rekod 42.7 juta pelawat asing pada 2025
Perpaduan ummah strategi selesai isu Palestin - Cikgu Azmi
Pasaran automotif Malaysia kekal utuh pada 2025, TIV cecah 820,752 unit - MAA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jangkitan denggi menerusi hubungan seks yang pertama di dunia

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2019
10:32 MYT
Kes jangkitan denggi menerusi hubungan seks yang pertama di dunia
Perkara tersebut diketahui selepas doktor membuat pemeriksaan terhadap pasangannya. -Foto: AFPMB
Pihak berkuasa kesihatan Sepanyol mengesahkan kes jangkitan denggi menerusi hubungan seks dan ia merupakan kes pertama seumpamanya di dunia.
Perkara itu berlaku selepas seorang lelaki berusia 41 tahun dari Madrid dilaporkan dijangkiti denggi selepas dia melakukan hubungan seks dengan pasangannya yang dijangkiti virus itu ketika dia melancong ke Cuba, lapor agensi antarabangsa.
Kata jurucakap jabatan kesihatan wilayah Madrid, Susana Jiminez jangkitan denggi itu disahkan berlaku pada September lalu dan ia sangat membingungkan para doktor kerana lelaki berusia 41 tahun itu tidak pernah mengunjungi negara yang sering dilanda penyakit berkenaan.
Perkara itu diketahui selepas doktor membuat pemeriksaan terhadap pasangannya yang juga seorang lelaki.
“Pasangannya menunjukkan simptom penyakit itu kira-kira 10 hari yang lalu dan beliau didapati dijangkiti virus berkenaan ketika berada di Cuba dan Republik Dominica.
“Menurut analisis, sperma mereka membawa virus itu dan mendedahkan mereka bukan hanya dijangkiti denggi tetapi turut mempunyai virus yang dipercayai menular di Cuba,” kata Jiminez.
Sebelum ini, terdapat kes yang sama dilaporkan berlaku di Korea Selatan melibatkan pasangan lelaki dan wanita yang turut dijangkiti virus denggi selepas mengadakan hubungan kes namun, kes berkenaan tidak disahkan.
Selain itu, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Kesatuan Eropah (ECDC) yang berpangkalan di Stockholm berkata sepanjang pengetahuan mereka, ia adalah kes pemindahan virus denggi pertama seumpamanya menerusi hubungan seks dalam kalangan pasangan sejenis.
Denggi amat mudah dijangkiti oleh pelancong yang mengunjungi negara bercuaca panas seperti Asia Tenggara, Afrika, Australia, Caribbean, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Topic Berkaitan
#Asia
#Australia
#Cuba
#denggi
#hubungan seks
#Kesatuan Eropah
#Korea Selatan
#lelaki
#pelancong
#seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan