Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah angka 37 juta kes.

Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.7 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 6.97 juta kes, manakala Brazil merekodkan lima juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.27 juta kes.

Sementara itu, Colombia, Sepanyol, Argentina dan Peru melepasi angka setengah juta kes.

Turut melepasi 500,000 kes ialah Mexico, Perancis, Afrika Selatan dan United Kingdom.

Antara negara yang mencatatkan jumlah kes positif dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 ialah Iran, Chile, Iraq, Bangladesh, Itali, Arab Saudi.

Manakala beberapa negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 kes termasuk Kanada, Belanda, Romania, Maghribi, Ecuador, dan Belgium.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes.