JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia pada hari pertama tahun 2021 mencecah angka 83.2 juta.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 19.89 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.26 juta kes dan Brazil dengan 7.61 juta kes.

Angka positif di Rusia kini melangkaui 3 juta kes.

Manakala negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Perancis, United Kingdom, Turki dan Itali.

Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Ukraine, Afrika Selatan dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Indonesia, Belgium, Romania, Chile, Iraq, Kanada dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 400,000 kes termasuk Pakistan, Filipina, Switzerland, Maghribi, Israel, Portugal, Sweeden, Arab Saudi, Austria, Serbia dan Hungary,

Sejumlah 37 negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.