Skip to main content

Dunia

Kes tikam di sekolah, remaja lelaki ditahan di Australia

https://trinitybayshs.eq.edu.au/facilities
Polis di Queensland menerima laporan bahawa seorang remaja berusia 15 tahun ditikam di bahagian perut di sebuah sekolah di Cairns. - Gambar/ Agensi
Advertisement

SYDNEY: Seorang remaja lelaki ditahan susulan kejadian tikaman di sebuah sekolah di timur laut Australia pada Isnin, lapor Xinhua.

Polis di Queensland menerima laporan bahawa seorang remaja berusia 15 tahun ditikam di bahagian perut di sebuah sekolah di Cairns, lebih 1,300 kilometer di utara ibu negeri Brisbane, sejurus sebelum tengah hari Isnin.

Mangsa dibawa ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Seorang lagi remaja lelaki yang juga berusia 15 tahun meninggalkan kawasan itu dengan berjalan kaki sebelum ditahan polis kira-kira 30 minit kemudian.

Polis memaklumkan remaja yang ditahan kini membantu siasatan dan tiada ancaman terhadap orang awam.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement