Fenomena diphallia bukanlah sesuatu yang asing, sebaliknya kira-kira 100 kes setahun dilaporkan berlaku di seluruh dunia.
Jika fakta itu mengejutkan anda, baru-baru ini pula seorang bayi lelaki di Iraq mengejutkan dunia sains apabila dilahirkan dalam keadaan triphallia iaitu mempunyai tiga zakar.
Kes bayi di Iraq itu setakat ini diketahui sebagai kes triphallia pertama di dunia.
Namun, hanya satu daripada tiga zakarnya itu boleh berfungsi dan doktor kemudian memutuskan untuk membuang dua daripadanya.
Kes pertama triphallia manusia itu - atau tiga zakar - direkodkan di bandar Dohuk, berhampiran Mosul di utara Iraq.
Kes ini pada awalnya diperincikan dalam International Journal of Surgery Case Reports, namun tiada media yang melaporkan perkara itu sebelum ini.
“Sepanjang pengetahuan saya, ini adalah kes pertama yang dilaporkan dengan tiga zakar atau triphallia," tulis penulis laporan itu, Dr Shakir Saleem Jabali.
Tambahnya: "Tidak ada kes serupa yang terdapat dalam sejarah perubatan manusia."
Hanya satu daripada tiga anggota yang berfungsi dengan uretra, saluran yang mengalirkan air kencing dan air mani.
Doktor pertama kali melihat keadaan yang unik itu ketika ibu bapanya membawanya ke hospital dengan skrotum yang bengkak.
Dr Jabali mengatakan tiada komplikasi ketika mereka memantau bayi lelaki itu sepanjang setahun, namun memutuskan pembedahan adalah pilihan terbaik untuk bayi berkenaan.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !