awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesatuan Afrika jadi ahli tetap G20 - Modi

Bernama
Bernama
09/09/2023
09:19 MYT
Kesatuan Afrika jadi ahli tetap G20 - Modi
Perdana Menteri India Narendra Modi berkata G20 bersetuju Kesatuan Afrika menyertai kumpulan kuasa ekonomi terkemuka itu. - Gambar/ Reuters
NEW DELHI: G20 bersetuju bahawa Kesatuan Afrika (AU) akan menyertai kumpulan kuasa ekonomi terkemuka itu, Perdana Menteri India Narendra Modi berkata pada Sabtu pada sidang kemuncak G20 tahun ini di New Delhi.
"Dengan persetujuan daripada anda semua, saya ingin menjemput pengerusi Kesatuan Afrika untuk mengambil tempatnya sebagai ahli tetap G20," kata Modi, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Presiden Comoros Azali Assoumani, pengerusi semasa AU, berjalan ke arah Modi dan memeluknya.
Langkah itu dijangka mengukuhkan peranan Global South, yang menjadi cita-cita Modi.
Setakat ini satu-satunya blok negara dalam G20 ialah Kesatuan Eropah, yang diwakili oleh Presiden Majlis Eropah Charles Michel dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.
Topik sidang kemuncak lain ialah perubahan iklim dan pembaharuan Bank Dunia.
Pemimpin yang hadir termasuk Presiden AS Joe Biden dan Canselor Jerman Olaf Scholz, tetapi Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping tidak menghadiri sidang kemuncak itu.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Kesatuan Afrika
#Narendra Modi
#G20
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan