Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: ‘Poster boy’ BN belum diketahui, tiada sasaran kerusi ditetapkan - Mohamad Hasan

mohamad hasan
Mohamad berkata, BN tidak menetapkan sebarang sasaran khusus dalam PRN Negeri Sembilan, namun pembentukan kerajaan kekal menjadi matlamat utama gabungan itu. - Gambar fail
Advertisement

PAROI: Datuk Seri Mohamad Hasan berkata setakat ini ‘poster boy’ atau daya tarikan utama Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 masih belum diketahui.

“Tak tahu saya,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRN Negeri Sembilan ke-16, di sini, pada Rabu.

Sebagai rekod, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan itu pernah menjadi Menteri Besar di negeri berkenaan selama 14 tahun, dari 25 Mac 2004 hingga 11 Mei 2018.

Beliau kemudian digantikan oleh Datuk Seri Aminuddin Harun selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Hasan berkata, BN tidak menetapkan sebarang sasaran khusus dalam PRN Negeri Sembilan, namun pembentukan kerajaan kekal menjadi matlamat utama gabungan itu.

BN mengakui kedudukannya sebagai underdog di Negeri Sembilan dan berharap rakyat akan memberikan sokongan serta mandat baharu bagi membolehkan parti tersebut kembali mentadbir negeri berkenaan.

Tambah Mohamad Hasan, keputusan BN bertanding hanya 25 kerusi dalam PRN Negeri Sembilan adalah untuk membentuk satu persefahaman.

Menurutnya, perkembangan lanjut melibatkan baki 11 kerusi berkenaan akan diumumkan Khamis, 16 Julai

Difahamkan, Pas turut akan mengisytiharkan Calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Negeri Sembilan ke-16, di Ampangan, pada Khamis.

Topic Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement