awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan pesawat Boeing dan perubahan iklim jadi taruhan

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2024
02:30 MYT
Keselamatan pesawat Boeing dan perubahan iklim jadi taruhan
Pesawat Boeing 787-9 Dreamliner milik Air Europa ketika melakukan pendaratan cemas di Norte, Brazil. - Foto REUTERS
Insiden yang berlaku ke atas Air Europa menimbulkan kebimbangan terhadap pesawat keluaran Boeing ekoran beberapa kejadian buruk yang melanda kebelakangan ini.
Sesetengah pengkaji penerbangan juga memberi amaran tentang insiden gelora udara yang semakin kritikal, dikaitkan dengan perubahan iklim yang kini melanda dunia.
Punca pergolakan paling biasa ialah corak cuaca yang tidak stabil dan mencetuskan ribut.
Menurut saintis, ini biasanya boleh dikesan oleh radar cuaca, membolehkan juruterbang mengelakknya.
Insiden baru-baru ini telah meningkatkan kebimbangan dalam industri perjalanan udara tentang tali pinggang keledar dan amalan keselamatan.
Perjanjian antarabangsa, Konvensyen Montreal, menjadikan syarikat penerbangan bertanggungjawab atas kecederaan fizikal akibat kemalangan dalam penerbangan antarabangsa, tidak kira sama ada mereka cuai atau tidak.
Mei lepas, seorang lelaki warga Britain berusia 73 tahun meninggal dunia manakala beberapa penumpang yang lain serta anak kapal mengalami kecederaan selepas pesawat Boeing 777 milik Singapore Airlines mengalami kejadian gelora udara dalam perjalanan dari London.
Seminggu kemudian, 12 penumpang pesawat Boeing 787-9 milik Qatar Airways cedera dalam satu lagi kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Doha ke Ireland.
Topic Berkaitan
#pesawat Boeing
#gelora udara
#keselamatan penumpang
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan