awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok
Penjawat awam rugi RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Liga Perak Sejahtera Inter Parlimen platform cungkil bakat muda bola sepak Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan siber: Rusia, AS setuju mulakan rundingan

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2021
23:56 MYT
Keselamatan siber: Rusia, AS setuju mulakan rundingan
Vladimir Putin bercakap pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Joe Biden di Villa la Grange, Geneva, Switzerland, 16 Jun, 2021. (Foto AP)
RUSIA dan Amerika Syarikat (AS) secara prinsip bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai masalah keselamatan siber.
Bagaimanapun, Presiden Rusia Vladimir Putin terus menyangkal tuduhan AS bahawa Rusia bertanggungjawab dalam kes penggodaman berprofil tinggi baru-baru ini terhadap perniagaan dan agensi kerajaan di Amerika dan seluruh dunia.
"Menilai secara keseluruhannya, saya percaya bahawa tiada permusuhan antara kita. Sebaliknya, pertemuan berlangsung dalam semangat yang konstruktif.
"Kami mempunyai pelbagai penilaian terhadap beberapa isu tetapi saya percaya kedua-dua pihak menyatakan kesediaan untuk saling memahami dan mencari jalan ke arah pendekatan dua hala.
"Perbincangan itu cukup membina. Berhubung isu keselamatan siber, kami setuju untuk memulakan rundingan," katanya di Geneva pada Rabu selepas pertemuan dengan Presiden AS Joe Biden.
Namun, jelasnya, serangan siber yang paling merosakkan menurut Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) ialah oleh agensi perisikan ketenteraan GRU Rusia.
Ia termasuk virus NotPetya yang memberi kesan kepada kemerosotan ekonomi lebih ASD10 bilion pada 2017.
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#EU
#Amerika Syarikat
#keselamatan siber
#serangan siber
#Joe Biden
#Kesatuan Eropah
#ekonomi
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan