DUNIA
Ketua Agensi PBB gesa Israel hentikan larangan ke atas media antarabangsa di Gaza

Lazzarini kesal tentang larangan terhadap media antarabangsa yang berlarutan lebih 650 hari ketika "kekejaman terhadap orang awam" terus berlaku. - AP
ISTANBUL: Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin pada Jumaat menggesa Israel supaya segera menamatkan larangan terhadap kemasukan media antarabangsa ke Semenanjung Gaza, sambil memberi amaran bahawa sekatan maklumat itu menggalakkan penyebaran maklumat palsu dan menjejaskan kepercayaan terhadap laporan saksi dan agensi kemanusiaan.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), Philippe Lazzarini berkata menerusi platform X bahawa larangan terhadap media antarabangsa telah berlarutan lebih 650 hari ketika "kekejaman terhadap orang awam" terus berlaku.
"Larangan kemasukan media antarabangsa mesti ditamatkan," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa lebih 200 wartawan Palestin telah terbunuh sepanjang konflik yang berterusan itu."Larangan media menyemarakkan kempen maklumat palsu yang mempertikai data serta laporan secara langsung daripada saksi dan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami