TOKYO: Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Tomoko Akane pada Ahad berikrar untuk terus menjalankan tugasnya meskipun beliau dan badan kehakiman yang berpangkalan di The Hague itu dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS), lapor Kyodo News.
Ketika tampil secara dalam talian pada satu acara di Tokyo, Akane berkata beliau tetap teguh pada pendiriannya walau apa pun yang berlaku.
Beliau antara hakim ICC yang menjadi sasaran sekatan AS yang membekukan aset di Amerika Syarikat, dengan Washington menuduh ICC mencerobohi kedaulatan negara.
-- BERNAMA-KYODO