JAKARTA: Apin BK, pelarian warga Indonesia yang didakwa menjalankan operasi perjudian haram dalam talian di negara itu ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta pada Jumaat.
Ketua Polis Nasional Indonesia Jen Listyo Sigit Prabowo berkata dia ditahan hasil kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia.
"Penangkapan ini menandakan komitmen kami dalam membanteras perjudian haram dalam talian di negara ini," kata Listyo Sigit pada sidang akhbar.
Polis Indonesia membawa balik Apin BK menaiki penerbangan komersial malam tadi dan dia dibawa terus ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.
Pada 9 Ogos, Apin BK melarikan diri ke Singapura ketika polis Sumatera Utara menyerbu premis perjudian itu di Kompleks Cemara Asri di Deli, Serdang.
Beberapa anggota kemudiannya ditugaskan di beberapa negara untuk menjejaki Apin BK yang melarikan diri ke Singapura sebelum memasuki Malaysia, kata Listyo Sigit.
Seramai 14 orang yang disyaki pengendali perjudian dalam talian untuk rangkaian Apin BK dilaporkan telah ditahan pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022

Ketua Polis Nasional Indonesia Jen Listyo Sigit Prabowo berkata dia ditahan hasil kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia. - Gambar hiasan

Lelaki kurang siuman maut dipukul, 15 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

Isu 'sedekah' pengundi: Amanah gesa SPRM percepat siasatan
Kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.

Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007168/34651833521675039409896_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hakim Rahman.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuk 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Sebelum ini, Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa.

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.

Ketua judi haram Sumatera Utara ditahan di Malaysia
Ketua Polis Nasional Indonesia Jen Listyo Sigit Prabowo berkata dia ditahan hasil kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia.