awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB sokong gesaan hentikan serangan AS ke atas bot di Caribbean, Pasifik

Bernama
Bernama
01/11/2025
03:30 MYT
Ketua PBB sokong gesaan hentikan serangan AS ke atas bot di Caribbean, Pasifik
Kira-kira 60 orang dilaporkan terbunuh dalam siri serangan berterusan yang dijalankan oleh angkatan tentera AS terhadap bot di kawasan terbabit sejak awal September. - Foto X/Secretary of War Pete Hegseth
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Hak Asasi Manusia PBB yang menggesa Amerika Syarikat menghentikan serangan udara ke atas bot di kawasan Caribbean dan Pasifik, menurut jurucakap PBB seperti dilaporkan Agensi Berita Xinhua.
Terdahulu, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB Volker Turk dalam kenyataannya berkata Amerika Syarikat "mesti menghentikan serangan seumpama itu dan mengambil segala langkah perlu bagi mengelakkan pembunuhan di luar proses undang-undang terhadap individu di atas bot berkenaan, tanpa mengira dakwaan jenayah yang dikaitkan dengan mereka."
"Kira-kira 60 orang dilaporkan terbunuh dalam siri serangan berterusan yang dijalankan oleh angkatan tentera AS terhadap bot di kawasan terbabit sejak awal September," menurut kenyataan itu.
Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric dalam taklimat harian berkata Guterres menyokong pandangan Volker, sambil menegaskan bahawa operasi sedemikian mesti mematuhi piawaian antarabangsa termasuk had penggunaan kekerasan.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha memerangi jenayah terancang memerlukan kerjasama antarabangsa serta dasar awam yang inovatif bagi menangani punca utama keganasan dan ketagihan dadah.
"Inilah analisis yang telah dibangunkan oleh pejabat Turk, dan kami menyokong sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#serangan udara
#Caribbean
#Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan