Ketua Polis Republik Indonesia, Jeneral Sutarman menegaskan bahawa kekecohan yang melanda segenap republik tersebut tentang ujian menentukan dara ke atas calon polis wanita adalah tidak benar sama sekali, lapor portal berita Tempo.com.
"Siapa yang sebarkan hal ini dengan mengatakan ia ujian memeriksa dara?" tanya beliau ketika ditemui di Sukabumi, Jawa Barat hari ini.
Menurut Sutarman, Polis Republik Indonesia (Polri) tidak pernah mengadakan ujian khusus menentukan status dara bagi calon wanita yang mendaftar.
Polri semalam telah didesak Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) agar tidak meneruskan ujian dara terhadap wanita yang ingin menyertai pasukan keselamatan tersebut.
HRW yang berpangkalan di New York dalam satu kenyataan media memberitahu, Polri menetapkan syarat status tidak berkahwin dan dara bagi wanita yang ingin menganggotai pasukan itu.
Dalam satu pendedahan, HRW mendakwa calon yang pernah menjalani ujian tersebut menyifatkannya sebagai proses yang menyakitkan dan menjatuhkan maruah. Lebih daripada itu, ada dalam kalangan mereka yang kini mengalami trauma, terutamanya prosedur pemeriksaan yang dikatakan ketinggalan zaman iaitu dengan menggunakan jari.
HRW berkata, mereka yang didapati gagal dalam ujian itu tidak akan diterima menyertai Polri.
Sementara itu, Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polri, Jeneral Ronnie F. Sompie memperbetulkan tanggapan tentang ujian dara yang heboh diperkatakan.
“Ia bukan ujian menentukan dara tetapi ujian kesihatan menyeluruh,” ujarnya hari ini.
Kata Ronnie, ujian yang memeriksa bahagian sulit wanita itu bukan untuk menentukan status dara sebaliknya mereka wajib menjalani ujian kesihatan menyeluruh termasuk kesihatan bahagian reproduksi. Dalam setiap prosedur ujian perekrutan polis, ujian seumpamanya dilakukan ke atas calon polis lelaki mahupun wanita.
“Ujian kesihatan tersebut adalah untuk mengenal pasti sekaranya terdapat calon yang menderita penyakit berjangkit terutamanya yang melibatkan organ pembiakan,” jelasnya.
Calon-calon polis itu juga ditempatkan di asrama dan berkongsi bilik tidur, bilik mandi dan berinteraksi dengan calon anggota lain. Selain ujian kesihatan, mereka juga wajib mengikuti ujian fizikal agar tahap kesihatan mereka dalam keadaan optimum untuk menjalankan tugas sekiranya diterima untuk berkhidmat.
Bagaimanapun, HRW masih tetap dengan bantahan mereka berdasarkan pengakuan yang diperoleh daripada beberapa anggota polis wanita dan calon polis wanita negara itu yang mendakwa ujian tersebut masih dijalankan.
Astro Awani
Wed Nov 19 2014
HRW mendakwa calon yang pernah menjalani ujian tersebut menyifatkannya sebagai proses yang menyakitkan dan menjatuhkan maruah. - Foto Fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Ibu, bapa saudara durjana: Remaja jadi hamba seks hampir 3 tahun
Seorang remaja perempuan menanggung derita hampir tiga tahun dipaksa menjadi hamba seks bapa saudaranya atas arahan isteri lelaki itu.
Tiada lagi 'dara' dalam sijil kahwin
Keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi selepas ia dicabar kumpulan yang mendakwa istilah itu sebagai 'satu penghinaan dan diskriminasi'.
Wanita obes tidak percaya dia hamil, tuntut ujian 'keperawanan'
Wanita berusia 20 tahun yang berasal dari Guiyang, China itu enggan menerima hakikat dia melahirkan seorang bayi selepas dibawa ke hospital kerana mengadu sakit perut.
Ketua Polri marah khabar angin tentang ujian dara calon polis wanita
Human Rights Watch dakwa polis Indonesia lakukan diskriminasi dengan memeriksa dara menggunakan kaedah yang menjatuhkan maruah.