awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khaled Nabhan 'Atuk Gaza' terbunuh dalam serangan udara Israel

Agensi
Agensi
16/12/2024
10:17 MYT
Khaled Nabhan 'Atuk Gaza' terbunuh dalam serangan udara Israel
Khaled Nabhan yang pernah meruntun hati seluruh warga dunia ketika mengucapkan selamat tinggal kepada cucunya,terbunuh dalam serangan Israel di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza pada Isnin lalu. - Gambar Instagram @ khaledmnabhann
KUALA LUMPUR: Seorang warga warganegara Palestin, Khaled Nabhan, yang pernah meruntun hati seluruh warga dunia ketika mengucapkan selamat tinggal kepada cucunya, Reem, terbunuh dalam serangan Israel di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza pada Isnin lalu.
Menurut portal Quds News Network, Khaled terbunuh ketika serangan artileri berlaku berhampiran sebuah tanah perkuburan di kem pelarian tersebut, di mana terdapat dua lagi orang yang turut terbunuh.
Terdahulu, pada tahun 2023, Khaled tular apabila sebuah video yang muncul memperlihatkan beliau mencium jasad cucunya yang berusia tiga tahun, Reem, sambil berkata, “Kau jiwa dalam jiwaku!”
Reem dan abangnya, Tariq, terbunuh apabila serangan udara Israel mengenai rumah mereka di Selatan Gaza.
“Saya berada di bawah runtuhan tanah dan mengalami kecederaan, begitu juga anak lelaki dan anak perempuan saya, malangnya dua cucu saya terbunuh dalam serangan itu,” katanya.
Beliau berkata Reem adalah sebahagian daripada hidupnya dan dia pernah bermimpi Reem membesar dengan sihat dan berjaya mencapai cita-cita untuk masuk ke universiti.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#serangan artileri
#pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan