awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khutbah Arafah dalam lima bahasa termasuk Melayu

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2018
21:57 MYT
Khutbah Arafah dalam lima bahasa termasuk Melayu
Khutbah Arafah itu akan dilancarkan menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris. -Gambar fail
Imam Besar dua masjid agung di Mekah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan kerajaan Arab Saudi telah menyediakan terjemahan khutbah Arafah dalam lima bahasa bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia mendengar secara langsung terjemahan khutbah itu.
Sheikh Abdul Rahman berkata kemudahan itu akan dilancarkan menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris.
Sheikh Abdul Rahman sendiri dijangka menyampaikan khutbah Arafah pada musim Haji tahun ini dalam bahasa Arab.
"Terjemahan dalam bahasa Melayu dibuat bagi manfaat orang Melayu, yang merupakan sebahagian besar kumpulan jemaah dari Asia Tenggara, kebanyakan mereka adalah Ahli Sunnah Waljamaah, dan fahaman ini berkembang ke negara lain termasuk Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Malaysia.
"Urdu adalah bahasa rasmi Pakistan, dan masyarakat Islam dari lima negara India, di samping beberapa tempat lain di Asia Selatan, manakala Parsi pula bahasa rasmi Iran, seperti yang dituturkan di Tajikistan dan negara lain,” katanya.
Beliau berkata terdapat bilik keselamatan yang dikawal rapi lengkap dengan kemudahan bagi penterjemah, mengambil kira spesifikasi kepentingan dan pengaruh, di mana terjemahan dilakukan serentak bermula daripada awal khutbah.
Khutbah Arafah akan diadakan di Masjid Nemra di Dataran Arafah, meliputi kawasan seluas 110,000 meter persegi.
Khutbah itu akan disiarkan segera sebelum jemaah menunaikan solat Zuhur dan Asar dalam satu perhimpunan ringkas, bagi mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Bahasa Melayu
#Dataran Arafah
#khutbah
#khutbah Arafah
#Madinah
#Masjid Nemra
#Mekah
#Sheikh Abdul Rahman al-Sudais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan