SEBUAH kilang di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) dikenakan denda selepas dua pekerja terjatuh ke dalam tong yang mengandungi coklat dan terpaksa diselamatkan.
Kilang Mars Wrigley di Elizabethtown didenda AS$14,500 (RM62,800) oleh Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Osha).
Pekerja berkenaan merupakan kontraktor untuk kilang itu dan tidak bekerja sepenuh masa.
Kejadian berlaku pada Jun 2022 dan tong tersebut terpaksa dipotong bagi mengeluarkan mangsa.
Puluhan anggota penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian dan seorang mangsa terpaksa diterbangkan menggunakan helikopter ke hospital.
Siasatan mendapati pekerja berkenaan diupah untuk membersihkan tong terbabit dan tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi.
Mangsa terjatuh ke dalam tong yang digunakan untuk membancuh ramuan bagi membuat coklat Dove.
Dove hanya dijual di AS dan di tempat lain ia dikenali sebagai Galaxy.
Jurucakap Mars Wrigley berkata, syarikat itu menerima siasatan yang dijalankan Osha.
"Keselamatan pekerja dan kontraktor kami sangat penting bagi perniagaan kami.
"Seperti biasa, kami menghargai pendekatan yang diambil Osha untuk bekerjasama bersama kami dan melakukan pemeriksaan," katanya.
Astro Awani
Mon Feb 13 2023
Mangsa terjatuh ke dalam tong yang digunakan untuk membancuh ramuan bagi membuat coklat Dove. - Foto Facebook/Mars Wrigley
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kilang Mars Wrigley didenda selepas pekerja terjatuh dalam tong coklat
Kilang Mars Wrigley didenda selepas pekerja terjatuh dalam tong mengandungi coklat