awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLN pantau situasi di Rusia, gesa rakyat Malaysia berwaspada

Bernama
Bernama
22/08/2024
14:15 MYT
KLN pantau situasi di Rusia, gesa rakyat Malaysia berwaspada
KLN menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke kawasan yang terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi semua garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia, melalui kedutaannya di Moscow, sedang memantau dengan teliti serangan dron baru-baru ini di Moscow dan perkembangan di wilayah Kursk.
"Kami terus menilai keadaan di lapangan untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
KLN menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke kawasan yang terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi semua garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Sentiasalah mendapatkan maklumat melalui sumber berita yang boleh dipercayai dan menjaga komunikasi dengan Kedutaan Malaysia di Moscow," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu memberi jaminan bahawa keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di Moscow dan kawasan sekitarnya kekal sebagai keutamaan dan ia akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan maklumat terkini jika perlu.
Rakyat Malaysia di Moscow dan wilayah Kursk digesa mendaftarkan kehadiran mereka melalui https://ekonsular.kln.gov.my atau dengan misi diplomatik Malaysia yang terdekat.
Pendaftaran ini penting untuk menerima maklumat dan bantuan tepat pada masanya jika perlu, tambah kenyataan itu.
Sekiranya berlaku kecemasan atau untuk sokongan tambahan, rakyat Malaysia digalakkan untuk menghubungi kedutaan terus di Mosfilmovskaya Ulitsa 50, 115127, Moscow, Rusia, atau melalui nombor telefon +7 495 419 9898 / 99 atau +7 906 746 1333 (Kecemasan), dan alamat e-mel [email protected].
Media antarabangsa melaporkan bahawa Moscow mengalami antara serangan dron terbesar sejak permulaan konflik dengan Ukraine.
Pada 21 Ogos, tentera Ukraine melancarkan serangan dron, menyasarkan beberapa tapak di seluruh Rusia, termasuk Moscow.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia
#menjaga komunikasi
#misi diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan