awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster baharu COVID-19: Thailand tutup tapak binaan, tempat tinggal pekerja

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2021
02:29 MYT
Kluster baharu COVID-19: Thailand tutup tapak binaan, tempat tinggal pekerja
Seorang pekerja duduk bersendirian di sebuah tapak binaan di Bangkok, Thailand, 25 Jun, 2021. (Foto AP)
THAILAND pada Ahad mengumumkan sekatan baharu yang berpusat di ibu kota Bangkok dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
Sekatan terbaru itu akan dilaksanakan selama 30 hari bermula Isnin (28 Jun).
Ia merangkumi antaranya larangan makan di restoran, pusat membeli-belah ditutup pada 9 malam, pesta dan perayaan serta aktiviti melibatkan perhimpunan lebih 20 orang turut tidak dibenarkan.
Termasuk juga dalam sekatan, arahan penutupan tapak pembinaan dan tempat tinggal pekerja binaan, bagi membendung penularan kluster baharu.
Arahan itu menyusul selepas lebih banyak kluster baharu muncul daripada tapak pembinaan di ibu negara itu, yang mempunyai 575 tapak pembinaan dan lebih kurang 81,000 pekerja binaan itu.
Sejak Mei, 37 kluster direkodkan melibatkan tempat tinggal pekerja di Bangkok.
Pihak berkuasa juga akan mendirikan pusat pemeriksaan di Bangkok untuk mengehadkan perjalanan dan penempatan semula pekerja binaan.
Pusat pemeriksaan itu juga akan ditempatkan di empat wilayah selatan negara itu berdekatan dengan Malaysia.
Topic Berkaitan
#perhimpunan
#koronavirus
#Bangkok
#Thailand
#sekatan
#Tapak binaan
#pekerja binaan
#rumah pekerja
#tempat tinggal pekerja
#Kluster tempat kerja
#COVID-19
#restoran
#pusat beli-belah
#berhimpun
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan