awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kurikulum baharu prasekolah tumpu enam bidang utama - Fadhlina
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
Blok Afrika Barat gesa hormati kedaulatan Venezuela susulan operasi ketenteraan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[KOLUMNIS] Amerika Latin jadi medan uji hegemoni Washington

Razali Awang
Razali Awang
04/01/2026
02:00 MYT
[KOLUMNIS] Amerika Latin jadi medan uji hegemoni Washington
Banyak pihak yang tidak menyangka dengan begitu mudah Presiden Nicolas Maduro (gambar) dan isterinya, Cilia Flores ditawan oleh pasukan khas Delta Forces. - Gambar Agensi
HARI ketiga tahun baharu 2026 membuka tirai dengan serangan pantas Amerika Syarikat (AS) ke atas Caracas, ibu negara Venezuela.
Ramai sudah menjangka perkara ini hanya menunggu masa sahaja akan berlaku tetapi tidak disangka pula dengan begitu mudah Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores ditawan oleh pasukan khas Delta Forces.
Selama ini, dunia Amerika Latin menyaksikan kelantangannya melaungkan kata-kata semangat yang beliau dan Venezuela, negara pengeluar minyak utama di rantau itu sedia berdepan dengan operasi ketenteraan yang dirancang pentadbiran Presiden Donald Trump.
Maduro tidak bercakap kosong kerana negaranya telah dibekalkan Rusia dengan jet pejuang Sukhoi-30 dan sistem pertahanan udara S-300.
Namun, AS lebih licik kerana tidak menggunakan serangan konvensional seperti yang dilakukan ke atas Iraq untuk menjatuhkan Presiden Saddam Husein.
Sebaliknya, ia menggerakkan pasukan elit yang cuma perlu matikan sistem elektronik musuh, hantar unit elit masuk bilik sasaran dan dengan mudah sasaran dapat ditawan.
Serangan udara yang dibuat sebenarnya untuk mengalihkan tumpuan!
Operasi berkenaan dikatakan cuma mengambil masa dua jam dan sebab itu ia mengejutkan banyak pihak apatah lagi pemimpin Amerika Latin yang sehaluan dengan Maduro.
Inilah yang dipanggil penganalisis tentera sebagai "Decapitation Strike" atau Serangan Potong Kepala sehinggakan Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez tidak dapat menerima kenyataan yang ketuanya telah pun ditawan dan kemudian diterbang ke AS untuk didakwa
Kalau dilihat kepada sejarah ia bukan kali pertama pentadbiran White House bertindak untuk campur tangan di Venezuela.
Rampasan kuasa terhadap Hugo Chávez pada 2002, walaupun gagal, membuktikan kesediaan Washington untuk mencampuri urusan dalaman negara berdaulat.
Operasi ketenteraan terhadap Manuel Noriega di Panama pada 1989 pula menunjukkan bagaimana seorang pemimpin negara boleh ditawan, diterbangkan ke AS dan dibicarakan mengikut kehendak kuasa besar.
Kes Jean-Bertrand Aristide di Haiti pada 2004 lebih meresahkan kerana seorang presiden yang dipilih secara demokratik disingkirkan dalam keadaan yang masih dipertikaikan sehingga hari ini.
Semua episod ini memperlihatkan satu pola yang konsisten kedaulatan negara kecil hanya dihormati selagi ia tidak bercanggah dengan kepentingan Washington.
Perkembangan mutakhir di Venezuela menggambarkan satu hakikat yang semakin sukar disangkal yang White House terus melihat Amerika Latin sebagai zon pengaruh mutlak, di mana kedaulatan negara-negara berdaulat boleh dicabar, diganggu atau dihapuskan mengikut keperluan strategiknya.
Retorik keselamatan yang digunakan Washington untuk menjustifikasi tekanan terhadap Caracas bukanlah sesuatu yang baharu.
Sejak era Perang Dingin, naratif “ancaman” sentiasa dijadikan alasan untuk menggulingkan kerajaan yang enggan tunduk kepada kepentingan ekonomi dan geopolitiknya terutama yang melibatkan sumber strategik seperti minyak dan gas.
Dalam konteks Venezuela, wacana mengenai penyingkiran atau penahanan Presiden Maduro sama ada melalui dakwaan “narco-terrorism” atau label keselamatan lain pada hakikatnya lebih menyerupai percubaan perubahan rejim yang dibungkus dengan bahasa undang-undang.
Tuduhan sedemikian tidak diadili di mahkamah antarabangsa, tetapi ditentukan secara unilateral oleh Washington, sekali gus menjadikan AS sebagai hakim, pendakwa dan algojo dalam satu masa.
Tindakan menceroboh dan menculik pemimpin negara berdaulat sesuka hati membuktikan bahawa negara yang menggelar dirinya sebagai polis dunia semakin biadab dan besar kepala.
Mana-mana pemimpin yang menentang hegemoni AS dengan mudah dilabel sebagai diktator, penjenayah atau pengganas, manakala sekutu strategik terus menikmati kekebalan politik walaupun terlibat dalam pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang serius.
Kekebalan itulah yang telah diberikan kepada pemimpin pengganas Zionis, Benjamin Netanyahu dan sekutunys yang berterusan melakukan genosid yang kini telah memakan lebih 70 ribu nyawa penduduk Gaza.
Satu dunia melihat dengan jelas wajah sebenar Trump dan AS, yang undang-undang antarabangsa hanya terpakai kepada musuh, tetapi tidak kepada sekutu.

* Razali Awang ialah Perunding Media Alkhair Malaysia. ** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Kolumnis AWANI
#Venezuela
#Presiden Nicolas Maduro
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan