Skip to main content

Malaysia

Agong terima menghadap PM Anwar

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,  Anwar Ibrahim
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sesi itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa berkepentingan negara.

Advertisement

Menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Perdana Menteri bersama dengan Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video