awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah tegas Agong warnai minggu pertama sidang Dewan Rakyat
Papa Roach menggegarkan Kuala Lumpur buat kali pertama
RPN 2026-2035 memanusiakan sistem pendidikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komuniti Indonesia di Jerman bangkit bersuara, kutuk kekerasan di Jakarta

Agensi
Agensi
03/09/2025
01:10 MYT
Komuniti Indonesia di Jerman bangkit bersuara, kutuk kekerasan di Jakarta
Demonstrasi yang tercetus di beberapa wilayah di Indonesia sejak minggu lalu telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa, termasuk komuniti diaspora Indonesia di Jerman. - Gambar IG @Kindiarsah
JAKARTA: Demonstrasi yang tercetus di beberapa wilayah di Indonesia sejak minggu lalu telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa, termasuk komuniti diaspora Indonesia di Jerman.
Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Jerman Bergerak telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan monumen ikonik Brandenburger Tor, Berlin pada Ahad lalu, sebagai solidariti terhadap rakyat Indonesia.
Dalam satu hantaran di Instagram bertajuk 'Undangan Aksi Berlin Bergerak', kumpulan tersebut menyeru masyarakat Indonesia di Jerman untuk bersatu dan bersuara melawan ketidakadilan negara.
Antara isu yang diketengahkan ialah insiden kematian seorang pemandu ojek dalam talian, Affan Kurniawan, yang dilaporkan maut selepas dilanggar oleh kenderaan taktikal polis semasa demonstrasi di Jakarta pada 28 Ogos.
Komuniti diaspora menyifatkan kejadian itu bukan sekadar kemalangan, tetapi sebagai bukti keganasan yang berterusan oleh pihak berkuasa.
Dalam masa sama, seorang peserta, Kindiarsah menerusi Instagramnya pada Selasa berkata, demonstrasi di Berlin berlangsung dalam suasana aman dan terkawal, dengan kehadiran polis tempatan.
Kindiarsah turut menafikan dakwaan terdapat provokasi dari luar yang cuba mencetuskan kekacauan.
Katanya, demonstrasi merupakan sebahagian daripada tanggungjawab moral dalam pilihan raya umum lalu.
Topic Berkaitan
#diaspora
#Indonesia
#Jakarta
#Jerman Bergerak
#Undangan Aksi Berlin Bergerak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan