Skip to main content

Malaysia

Kepimpinan PM Anwar berpaksikan kepentingan rakyat - Fahmi

Fahmi mengikuti sesi dialog Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program khas Dialog Negara terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertemakan "Di Sebalik Keputusan" di Angkasapuri hari ini. - Gambar Bernama
Fahmi mengikuti sesi dialog Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program khas Dialog Negara terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertemakan "Di Sebalik Keputusan" di Angkasapuri hari ini. - Gambar Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kepentingan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi teras kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata meskipun empat tahun mengemudi negara bukan perjalanan yang mudah, tekad untuk melaksanakan pembaharuan dan membina masa depan Malaysia yang lebih baik terus menjadi iltizam Perdana Menteri.

“Perkongsian YAB PM memperlihatkan dengan jelas kerangka pemikiran seorang pemimpin yang berpaksikan nadi rakyat, dalam mendepani pelbagai cabaran serta menentukan hala tuju negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas menghadiri program Dialog Negara bersama Perdana Menteri malam ini.

Advertisement

Program Dialog Negara Khas: “Di Sebalik Keputusan…” yang disiarkan menerusi RTM dan saluran media tempatan pada 9 malam menampilkan panelis mewakili pelbagai segmen masyarakat yang mengemukakan persoalan berkaitan dasar, pertimbangan serta keputusan kerajaan kepada Perdana Menteri.

Antara isu yang disentuh ialah jaminan hak penduduk asal dalam pembangunan semula bandar, perkhidmatan kesihatan awam, pendidikan kesihatan mental di sekolah dan cadangan penubuhan dana kekayaan berasaskan kecerdasan buatan.

Advertisement

Turut dibincangkan usaha membanteras rasuah, kebebasan bersuara mahasiswa, penempatan penjawat awam dan Pilihan Raya Umum ke-16.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement