awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Afghanistan: Australia pindahkan 76 orang lagi

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
19/08/2021
21:07 MYT
Konflik Afghanistan: Australia pindahkan 76 orang lagi
Kumpulan yang dibawa keluar dari Afghanistan turun dari pesawat C-130J Hercules Tentera Udara Diraja Australia setelah tiba di pangkalan utama Australia di wilayah Timur Tengah, 18 Ogos 2021. (Foto AP)
AUSTRALIA memindahkan 76 orang lagi dari Afghanistan, termasuk warganegaranya, pemegang visa dan warga Afghanistan.
Perdana Menteri Scott Morrison memaklumkan, kesemua mereka diterbangkan ke pangkalan tentera Australia Al Minhad di Emiriah Arab Bersatu, sebelum kemudiannya ke Perth, pada Khamis.
Morrison pada masa sama memberitahu, beberapa individu yang dipindahkan itu turut menerima rawatan perubatan di Dubai
"Beberapa individu turut menerima rawatan perubatan di Dubai.
"Seperti anda bayangkan, mereka ini dibawa keluar dari Kabul dalam suasana yang sangat bahaya.
"Kami ingin pastikan sebarang kecederaan yang dialami diberi perhatian, dan kita juga boleh fahami, ada sedikit trauma di kalangan mereka susulan keadaan cemas yang dihadapi", ujarnya pada satu sidang media di Canberra.
Dalam pada itu, Morrison berkata, 40 anggota Angkatan Pertahanan Australia dikerahkan untuk membantu usaha keselamatan di Lapangan Terbang Kabul.
BACA: Itali mulakan misi evakuasi dari Kabul
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Australia
#Dubai
#Perdana Menteri
#Perth
#Visa
#evakuasi
#trauma
#Scott Morrison
#rawatan perubatan
#Pangkalan tentera udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan