Skip to main content
Advertisement

Dunia

Konflik Asia Barat: CENTCOM sahkan serangan baharu di Iran

CENTCOM memaklumkan operasi ketenteraan itu bermula pada jam 5.15 petang waktu Timur (ET) atas arahan Presiden AS. - Foto X/@AmericanForce0
CENTCOM memaklumkan operasi ketenteraan itu bermula pada jam 5.15 petang waktu Timur (ET) atas arahan Presiden AS. - Foto X/@AmericanForce0

Advertisement

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan tambahan terhadap beberapa sasaran di Iran pada Rabu, menurut kenyataan Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM).

CENTCOM memaklumkan operasi ketenteraan itu bermula pada jam 5.15 petang waktu Timur (ET) atas arahan Presiden AS, sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkan Washington sebagai tindakan berterusan Iran yang tidak berasas.

Dalam kenyataan ringkas, CENTCOM menyifatkan tindakan tersebut sebagai serangan mempertahankan diri melibatkan pelbagai sasaran di Iran, namun tidak memperincikan lokasi atau bentuk aset yang menjadi sasaran.

 

 

Perkembangan terbaharu itu menandakan peningkatan ketegangan antara Washington dan Tehran di tengah konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Media antarabangsa melaporkan tindakan AS itu dibuat susulan ketegangan berterusan melibatkan kepentingan ketenteraan Washington di rantau berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement