Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: China ulangi gesaan gencatan senjata kekal

Chinese President Xi Jinping and U.S. President Donald Trump attend a meeting on the sidelines of their visit to the Zhongnanhai Garden in Beijing, China, May 15, 2026. REUTERS/Evan Vucci/Pool
Trump memberitahu Fox News dalam satu temu bual bahawa Jinping telah menyatakan sokongan terhadap penyelesaian melalui rundingan dan menawarkan bantuan. - Gambar/ Reuters

BEIJING: China mengulangi gesaan supaya  gencatan senjata yang kekal dicapai dalam konflik Iran selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan bahawa Presiden China Xi Jinping menawarkan bantuan bagi mencari jalan penyelesaian konflik berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kementerian Luar China menyentuh mengenai Selat Hormuz dengan menyatakan bahawa laluan perkapalan itu harus dibuka semula secepat mungkin.

Gencatan senjata yang komprehensif dan kekal amat diperlukan bagi memajukan usaha memulihkan keamanan serta kestabilan di rantau Teluk, katanya.

"Konflik ini, yang sepatutnya tidak berlaku, tidak mempunyai alasan untuk diteruskan. Mencari penyelesaian dengan lebih awal adalah bermanfaat bagi kedua-dua pihak AS dan Iran, serta negara-negara di rantau itu dan dunia secara keseluruhannya," menurut kementerian itu.

Trump memberitahu Fox News dalam satu temu bual bahawa Jinping telah menyatakan sokongan terhadap penyelesaian melalui rundingan dan menawarkan bantuan.

"Beliau mahu melihat satu kesepakatan dicapai," kata Presiden AS itu sambil menambah, "Dan beliau ada menawarkan diri dengan berkata, 'jika saya boleh membantu dalam apa jua cara sekalipun, saya sedia membantu.'"

Kementerian Luar China tidak memberikan ulasan secara langsung mengenai kenyataan Trump itu.

China kekal sebagai pembeli terbesar minyak Iran meskipun dikenakan sekatan oleh AS, namun penghantaran telah terhenti sejak permulaan konflik berikutan sekatan di Selat Hormuz.

-- BERNAMA-dpa 

 

 

 

Must Watch Video