Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar serangan misil atau dron ke atas UAE

Smoke billows from Fujairah oil industry zone, following a drone attack, in Fujairah, United Arab Emirates, in this screengrab obtained from asocial media video released on May 4, 2026. Social Media/via REUTERS
Asap tebal kelihatan dari zon industri minyak Fujairah susulan serangan dron, di Fujairah, Emiriah Arab Bersatu, dalam rakaman skrin yang diperoleh daripada video media sosial yang dimuat naik pada 4 Mei 2026. - Gambar Media Sosial/melalui Reuters

TEHRAN: Jurucakap Markas Besar Pusat Khatam al-Anbiya tentera Iran menegaskan, angkatan bersenjata negara itu tidak melancarkan sebarang operasi misil atau dron terhadap Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Jurucakap berkenaan, Ebrahim Zolfaghari berkata dalam satu kenyataan bahawa UAE tidak seharusnya “menjadi sarang kepada Amerika dan Zionis serta pasukan dan peralatan ketenteraan mereka.”

Menurut Zolfaghari, Iran telah menjadi sasaran “serangan media tidak adil, tuduhan tidak berasas dan propaganda” oleh UAE, sambil mendakwa negara Teluk itu kini berperanan sebagai “salah satu pangkalan utama Amerika dan Zionis, yang disifatkan sebagai musuh dunia Islam dan punca utama ketidakstabilan di rantau ini.”

Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya sebarang tindakan dilancarkan dari wilayah UAE terhadap pulau-pulau Iran, pelabuhan atau kawasan pesisir pantai negara itu, Tehran akan memberikan tindak balas “yang menghancurkan dan akan dikesali.”

Semalam, UAE memaklumkan, pihaknya mengekalkan hak untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan Iran ke atas wilayahnya. - Agensi

Must Watch Video