Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Mei 2026.
 

1. Malaysia berjaya dapatkan semula RM31.3 bilion dana 1MDB yang diseleweng - KP SPRM

Malaysia berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion atau 74.5 peratus daripada RM42 bilion dana 1Malaysia Development Berhad yang diseleweng setakat tahun lepas, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki.


2. 'Saya maafkan pakcik van yang langgar anak saya' - Bapa

“Untuk pakcik yang melanggar anak saya, saya sudah memaafkannya,"  kata bapa yang kehilangan anak perempuannya dalam kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat, semalam.


3. Rafizi, James Chai akan dicadangkan untuk pertuduhan? SPRM enggan spekulasi, kata Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah mengenal pasti dua individu untuk dicadangkan bagi pertuduhan berhubung siasatan perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan syarikat semikonduktor dari United Kingdom, Arm Holdings Inc.


4. Mahkamah benarkan gugur perkataan 'menerima' dalam kes rasuah Lim Guan Eng

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan pertama dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkaitan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.


5.  Piala Dunia FIFA 2026: Astro bincang hak penyiaran

Astro kini sedang mengadakan perbincangan dengan pemegang hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia untuk menyiarkan perlawanan kejohanan itu.


6. Kes semikonduktor: Pelik dah cadang dituduh, siasatan belum selesai - Rafizi

Beliau berasa janggal apabila SPRM mengeluarkan kenyataan mengenal pasti dua individu untuk dicadangkan bagi pertuduhan, ketika siasatan belum selesai.


7. Isu rumah ibadat tidak berdaftar: Kerajaan selaras satu perbincangan bersepadu - Fahmi

Ia bagi mencari penyelesaian menyeluruh yang mengambil kira aspek keharmonian masyarakat, pematuhan undang-undang serta sensitiviti agama.
 

8. Aminuddin akur keputusan Majlis Rundingan, kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan 

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun akur dengan keputusan Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di negeri ini. 
 

9. 1MDB: Balai Seni Negara sedia terima empat karya seni 

Balai Seni Negara bersedia menerima empat karya seni antarabangsa yang berjaya dibawa pulang, dipercayai berkait dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
 

10. Haji tanpa visa berdosa walaupun sah, boleh didenda hingga 100,000 riyal Arab Saudi - Zulkifli

Umat Islam di Malaysia diingatkan supaya tidak menunaikan ibadah haji tanpa visa kerana perbuatan itu bukan sahaja berdosa malah boleh dikenakan denda hingga 100,000 riyal Arab Saudi dan tindakan tegas lain oleh pihak berkuasa negara itu.

 

Must Watch Video