Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Iran, Pakistan bincang perjanjian sementara selepas MoU dimeterai

Shehbaz Sharif Masoud Pezeshkian
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif (kiri) dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian bertukar-tukar ucapan tahniah susulan pemeteraian perjanjian sementara antara Amerika Syarikat dan Iran. - Gambar fail Reuters
Advertisement

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian bertukar-tukar ucapan tahniah susulan pemeteraian perjanjian sementara antara Amerika Syarikat dan Iran.

Dalam perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin, Sharif mengucapkan tahniah kepada Pezeshkian, kepimpinan Iran serta rakyat negara itu atas pemeteraian perjanjian damai bersejarah berkenaan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Pakistan, perjanjian tersebut dijangka membantu memulihkan keamanan serantau, selain membuka laluan kepada usaha membangunkan semula Iran serta memperkukuh hubungan dua hala antara Pakistan dan Iran.

Dalam pada itu, Pezeshkian merakamkan penghargaan kepada Sharif dan Panglima Tentera Pakistan, Field Marshal Syed Asim Munir, atas peranan penting mereka dalam mengemudi proses mediasi sehingga berjaya dimuktamadkan.

Beliau turut menegaskan bahawa Iran akan sentiasa menghargai usaha positif dan konstruktif Pakistan serta sokongan yang diberikan kepada negara itu sepanjang tempoh mencabar. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement