Skip to main content

Malaysia

PDRM siasat dakwaan kegiatan kumpulan jenayah terancang dari Nigeria

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan bahawa terdapat kegiatan organisasi jenayah terancang dari Nigeria dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) atau Vikings di Malaysia.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan bahawa terdapat kegiatan organisasi jenayah terancang dari Nigeria dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) atau Vikings di Malaysia.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan bahawa terdapat kegiatan organisasi jenayah terancang dari Nigeria dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) atau Vikings di Malaysia.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Sukri Kaman berkata, siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan pengesahan berhubung maklumat berkenaan.

"Untuk makluman, pihak kami masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan maklumat tersebut.

Advertisement

"Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dakwaan mengenai kumpulan itu menjadi perhatian susulan satu hantaran di media sosial yang mendakwa organisasi itu kini bertapak di Malaysia.

Advertisement

Hantaran itu turut mendakwa sebahagian anggota kumpulan berkenaan memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar sebelum direkrut menjadi ahli, selain mengaitkan kegiatan mereka dengan beberapa aktiviti mencurigakan termasuk perhimpunan yang memaparkan logo dan simbol kumpulan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement