Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Mangsa maut akibat letupan kuat, sistem kesihatan Iran didakwa masih utuh

Beirut's southern suburbs

TEHRAN: Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Ali Jafarian, mendedahkan bahawa sebahagian besar mangsa yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas republik itu maut akibat impak letupan kuat.

Dalam temu bual bersama saluran berita Al Jazeera, beliau menjelaskan bahawa mangsa cedera pula kebanyakannya mengalami dua kategori kecederaan utama, iaitu lecur teruk serta kecederaan akibat dihempap runtuhan bangunan.

Advertisement

Walaupun berdepan tekanan serangan berterusan, Jafarian menegaskan bahawa sistem kesihatan Iran kekal teguh melalui rangkaian universiti perubatan yang mengintegrasikan fungsi pendidikan dan penyampaian rawatan secara serentak.

Beliau turut memaklumkan bahawa setiap wilayah di Iran kini mempunyai sistem pengurusan kesihatan kendiri yang boleh beroperasi secara bebas jika perlu, dengan sokongan penuh daripada Kementerian Kesihatan bagi memastikan kesinambungan rawatan kepada rakyat terjejas.

Jafarian menambah bahawa bekalan perubatan negara berada dalam keadaan terkawal, kerana syarikat farmaseutikal tempatan masih beroperasi sepenuhnya dan mampu menghasilkan semua jenis ubat yang diperlukan ketika konflik di Asia Barat semakin memuncak.

Must Watch Video