Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Pakistan teruskan usaha ikhlas demi keamanan, kata Shehbaz Sharif kepada Presiden Iran

Pakistan's Prime Minister Shehbaz Sharif meets with Iranian Foreign Minister Abbas Araqchi in Islamabad, Pakistan, on Saturday. Pakistan's Prime Minister Office/Handout/Reuters
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi di Islamabad, Pakistan, pada Sabtu. - Gambar Reuters

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif memberi jaminan bahawa negaranya akan terus memainkan peranan aktif dalam menggalakkan keamanan dan keselamatan serantau, dalam perbualan telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Pakistan, Sharif menegaskan, Islamabad akan meneruskan “usaha ikhlas dan jujur” bagi mempromosikan keamanan serta kestabilan di rantau berkenaan.

Advertisement

Dalam hantaran di platform X, Sharif turut menyatakan penghargaan terhadap keputusan Iran menghantar delegasi peringkat tinggi yang diketuai Menteri Luar, Abbas Araghchi, ke Islamabad untuk mengadakan perbincangan yang bertujuan menamatkan konflik perang yang sedang berlangsung.

Delegasi Iran itu bagaimanapun meninggalkan Islamabad pada Sabtu sebelum meneruskan lawatan ke Muscat, Oman, bagi rundingan lanjut di peringkat serantau.

Sementara itu, Utusan Khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff, serta Jared Kushner, menantu kepada Presiden AS Donald Trump, dijangka berlepas ke Islamabad pada hari yang sama. 

Namun, Presiden Trump membatalkan lawatan tersebut pada saat-saat akhir. - Agensi

Must Watch Video