Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Presiden Iran gesa rakyat terus teguh hadapi musuh

Sumber: IRNA
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menggesa rakyat negara itu supaya terus bersatu dan bertegas dalam menghadapi pihak yang dianggap sebagai musuh. - Gambar fail
Advertisement

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menggesa rakyat negara itu supaya terus bersatu dan bertegas dalam menghadapi pihak yang dianggap sebagai musuh.

Beliau berkata, rakyat Iran perlu “melawan musuh dan berdiri teguh menentang mereka agar kita tidak tunduk kepada ketidakadilan dan penindasan”.

Dalam masa sama, Pezeshkian menegaskan, kerajaan juga tidak boleh berlaku zalim terhadap rakyat sendiri atau melakukan sebarang bentuk ketidakadilan ke atas mereka.

“Dengan cara yang sama, kita tidak boleh menindas rakyat kita atau melakukan ketidakadilan terhadap mereka,” katanya seperti dipetik agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Beliau turut menyifatkan Iran sebagai sebuah negara yang telah membuktikan kemampuan menampilkan “model ketahanan yang unik” dalam menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement