TEHRAN: Seorang Ahli Parlimen Iran menegaskan bahawa sebarang bentuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) adalah tidak boleh diterima dalam situasi semasa.
Mohammad Reza Mohseni Sani, yang juga anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara parlimen Iran, mendakwa AS bersikap melampau dalam tuntutannya serta mempunyai agenda tertentu yang didakwa bermotifkan kepentingan domestik negara itu.
Advertisement
“Berdasarkan keadaan semasa, pencerobohan terbaharu serta pengalaman rundingan terdahulu dengan AS, pusingan rundingan seterusnya, dengan izin Allah, tidak akan berlaku,” katanya seperti dilaporkan agensi berita Mehr.
Kenyataan itu mengukuhkan pendirian Teheran untuk menolak sebarang pelawaan rundingan lanjut, susulan dakwaan berlakunya pencabulan syarat gencatan senjata dan sekatan maritim oleh Washington baru-baru ini.