Skip to main content

Teknologi

Honor sahkan pelancaran siri Honor 700 pada 23 Nov, hadir bateri 9,000mAh

Ketiga-tiga model berkenaan hadir dengan skrin tambahan dinamik pada bahagian belakang yang disepadukan dengan pembantu kecerdasan buatan (AI) YOYO. -Foto Amanz
Ketiga-tiga model berkenaan hadir dengan skrin tambahan dinamik pada bahagian belakang yang disepadukan dengan pembantu kecerdasan buatan (AI) YOYO. -Foto Amanz

Ringkasan AI

  • Honor mengesahkan pelancaran siri Honor 700, Honor 700 Pro dan Honor 700S di Wuhan, China pada 23 November ini.
  • Ketiga-tiga model menampilkan skrin tambahan dinamik dengan pembantu AI YOYO, bateri 9,000mAh, pengecasan pantas 80W dan kamera utama 200MP.
  • Honor belum mengumumkan harga rasmi atau perancangan pelancaran global untuk siri ini.
Advertisement

SHENZHEN: Pengeluar peranti pintar Honor mengesahkan siri telefon pintar baharunya, Honor 700, Honor 700 Pro dan Honor 700S akan dilancarkan secara rasmi di Wuhan, China pada 23 Nov ini, lapor Amanz.

Menurut pengumuman yang dimuat naik menerusi platform Weibo pada 13 Nov lalu, ketiga-tiga model berkenaan hadir dengan skrin tambahan dinamik pada bahagian belakang yang disepadukan dengan pembantu kecerdasan buatan (AI) YOYO.

Paparan sekunder yang ditempatkan dalam modul kamera belakang itu mampu memaparkan pelbagai fungsi termasuk kawalan audio, gambar latar, notifikasi, peringatan dan kalendar, dengan lebih banyak ciri interaktif dijangka diperkenalkan pada masa hadapan.

Advertisement

Honor berkata kesemua model dalam siri tersebut akan dilengkapi bateri silikon-karbon Qinghai Lake berkapasiti 9,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 80W, sambil mengekalkan rekaan badan setebal 7.96 milimeter.

Dari sudut fotografi, siri itu menampilkan kamera utama 200 megapiksel (MP) serta sokongan ciri 4K Cinematic Live Photos pada semua model.

Advertisement

Honor 700 dan Honor 700 Pro turut dilengkapi lensa telefoto periskop 50MP bersama sokongan aksesori G200 Telephoto Extender seberat 88 gram.

Bagi aspek prestasi, Honor mengesahkan penggunaan cip Snapdragon siri 8 pada Honor 700 dan Honor 700 Pro, namun model cip yang tepat masih belum diumumkan secara rasmi.

Sementara itu, penyenaraian awal Geekbench dan pangkalan data China Telecom menunjukkan Honor 700 Pro berkemungkinan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 5, Honor 700 dijangka dikuasakan Snapdragon 8s Gen 4, manakala Honor 700S dilaporkan menggunakan Snapdragon 7 Gen 4.

Penyenaraian tersebut turut mendedahkan ketiga-tiga model berkongsi skrin OLED rata bersaiz 6.57 inci, kamera swafoto 50MP dan sistem operasi MagicOS 11 berasaskan Android 17.

Beberapa laporan prapelancaran turut menyebut kemungkinan paparan beresolusi 1.5K, namun spesifikasi itu masih belum disahkan oleh Honor.

Peranti itu dilengkapi empat pilihan warna iaitu Blue Tone, Clear Sky, Pink Mist dan Cold White.

Bagaimanapun, Honor masih belum mengumumkan harga rasmi setiap konfigurasi storan atau perancangan pelancarannya di pasaran global.

Maklumat lanjut dijangka diumumkan semasa acara pelancaran rasmi pada 23 Nov ini.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Bilakah siri Honor 700 akan dilancarkan secara rasmi? 
    A: Siri Honor 700 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 November di Wuhan, China.
  • Q: Apakah ciri utama yang terdapat pada siri Honor 700? 
    A: Siri Honor 700 hadir dengan skrin tambahan dinamik di bahagian belakang yang disepadukan dengan pembantu AI YOYO, bateri silikon-karbon 9,000mAh, pengecasan pantas 80W, kamera utama 200MP, dan sistem operasi MagicOS 11 berasaskan Android 17.
  • Q: Apakah spesifikasi kamera yang ditawarkan oleh siri Honor 700? 
    A: Semua model dilengkapi kamera utama 200MP, kamera swafoto 50MP, dan sokongan 4K Cinematic Live Photos. Honor 700 dan Honor 700 Pro turut mempunyai lensa telefoto periskop 50MP serta aksesori G200 Telephoto Extender.
  • Q: Apakah cip pemprosesan yang digunakan pada siri Honor 700? 
    A: Honor 700 dan Honor 700 Pro menggunakan cip Snapdragon siri 8, manakala Honor 700S menggunakan Snapdragon 7 Gen 4. Model cip tepat untuk Honor 700 dan 700 Pro masih belum diumumkan secara rasmi.
  • Q: Adakah harga dan pelancaran global untuk siri Honor 700 telah diumumkan? 
    A: Honor masih belum mengumumkan harga rasmi setiap konfigurasi storan atau perancangan pelancaran di pasaran global.

Product Recommendation Section Title

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 Account 4K Premium Mobile/TV/TABLET

𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 Account 4K Premium Mobile/TV/TABLET

3-in-1 Bluetooth Selfie Stick – 360° Rotation, Monopod Tripod With Remote Control & Detachable Shutter

3-in-1 Bluetooth Selfie Stick – 360° Rotation, Monopod Tripod With Remote Control & Detachable Shutter

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

REEBOK SHARP RD-SHA-G9-POPO-BW ORANGE SILICON STRAP MEN WATCH

REEBOK SHARP RD-SHA-G9-POPO-BW ORANGE SILICON STRAP MEN WATCH

Must Watch Video

Advertisement