awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Op Serantau: Pengerusi NGO di Melaka suspek utama kes seleweng dana RM26 juta
MALAYSIA
Pegawai rancangan tanah didakwa tipu urusan baik pulih pusat pengumpulan getah
DUNIA
Iran dakwa 23 individu terlibat kegiatan pengintipan untuk Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Israel dakwa bunuh sekurang-kurangnya 14 saintis Iran

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2025
01:50 MYT
Sponsor Banner
Konflik Israel-Iran: Israel dakwa bunuh sekurang-kurangnya 14 saintis Iran
Zarka berkata kesemua saintis terbabit merupakan tokoh utama dalam pembangunan senjata nuklear Iran dan terlibat secara langsung dalam penciptaan serta penghasilan bahan letupan dan teknologi berkaitan. - Foto X/@inter_presse
PARIS: Israel mendakwa telah membunuh sekurang-kurangnya 14 saintis nuklear Iran dalam satu siri serangan yang disifatkan sebagai tindakan paling agresif terhadap program nuklear Tehran setakat ini.
Menurut Duta Israel ke Perancis, Joshua Zarka, kesemua saintis terbabit merupakan tokoh utama dalam pembangunan senjata nuklear Iran dan terlibat secara langsung dalam penciptaan serta penghasilan bahan letupan dan teknologi berkaitan.
“Mereka bukan dibunuh kerana tahu fizik, tetapi kerana terlibat secara aktif dalam pembinaan senjata nuklear,” katanya dalam temu bual bersama Associated Press.
Sembilan daripada saintis tersebut dilaporkan terbunuh dalam gelombang pertama serangan pada 13 Jun, yang turut melibatkan penggunaan bom penembus kubu oleh pesawat pengebom halimunan Amerika Syarikat (AS).
Antara yang terbunuh termasuk ahli fizik, jurutera bahan, pakar kimia dan pakar letupan yang dikatakan memiliki pengalaman puluhan tahun dalam bidang pembangunan senjata nuklear.
Walaupun tindakan ini dilihat sebagai cubaan untuk melumpuhkan keupayaan nuklear Iran, penganalisis memberi amaran bahawa pengetahuan saintifik tidak dapat dimusnahkan sepenuhnya.
“Cetak biru akan terus wujud, dan generasi baharu pelajar PhD akan mampu menghidupkan semula program tersebut,” kata Mark Fitzpatrick, bekas diplomat AS yang pakar dalam isu non-proliferasi nuklear.
Kerajaan-kerajaan Eropah turut menyuarakan kebimbangan, menegaskan bahawa kekerasan ketenteraan tidak mampu menghapuskan pengetahuan yang telah dibina selama beberapa dekad.
Sebaliknya, mereka menyeru penyelesaian diplomatik bagi meredakan kebimbangan terhadap program nuklear Iran.
Insiden ini dijangka meningkatkan lagi ketegangan serantau, dengan pemerhati antarabangsa memantau rapat tindak balas Iran terhadap pendedahan terbuka Israel ini.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#saintis
#program nuklear
#Joshua Zarka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami