awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Israel-Iran: Jurucakap IRGC tuduh Israel langgar gencatan senjata, ancam lanjutkan serangan

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2025
22:15 MYT
Konflik Israel-Iran: Jurucakap IRGC tuduh Israel langgar gencatan senjata, ancam lanjutkan serangan
IRGC menyatakan bahawa "rejim Zionis telah melancarkan tiga serangan udara ke atas wilayah Iran selepas gencatan senjata diumumkan". - Foto REUTERS
TEHRAN: Jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran menuduh Israel melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai baru-baru ini dan memberi amaran bahawa Tehran bersedia menyambung semula operasi ketenteraan jika pelanggaran berterusan.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh media rasmi Iran, jurucakap IRGC menyatakan bahawa “rejim Zionis telah melancarkan tiga serangan udara ke atas wilayah Iran selepas gencatan senjata diumumkan,” dan menyifatkan tindakan itu sebagai “pengkhianatan terang-terangan terhadap perjanjian damai yang dipersetujui.”
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Iran “tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk pencerobohan” dan bahawa “tindak balas yang lebih keras akan menyusul jika Israel dan sekutunya terus melanggar perjanjian.”
Israel sebelum ini menuduh Iran melancarkan peluru berpandu ke arah wilayahnya selepas menerima cadangan gencatan senjata yang diusahakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Sebagai tindak balas, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengarahkan serangan balas berskala besar ke atas sasaran rejim di Tehran.
Namun, media Iran menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa bahawa Israel menggunakan dakwaan pelanggaran sebagai alasan untuk meneruskan serangan.
Mereka juga menegaskan bahawa Iran masih komited terhadap gencatan senjata selagi ia dihormati oleh semua pihak.
Ketegangan ini menimbulkan kebimbangan bahawa konflik yang dikenali sebagai “Perang 12 Hari” mungkin berlarutan, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan atas kegagalan mengekalkan keamanan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#gencatan senjata
#serangan
#operasi kententeraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami