Skip to main content

Dunia

Konflik Yaman: 184,000 penduduk tinggalkan kediaman sejak Ogos, amaran agensi PBB

Apabila konflik semakin meruncing, semakin ramai orang terseret dalam kitaran penempatan semula yang amat membimbangkan. - Reuters
Apabila konflik semakin meruncing, semakin ramai orang terseret dalam kitaran penempatan semula yang amat membimbangkan. - Reuters

Advertisement

KAHERAH: Pertempuran antara Kumpulan Houthi dan tentera yang setia kepada Kerajaan Yaman serta diiktiraf antarabangsa telah menyebabkan peningkatan jumlah pelarian, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) pada Selasa, dengan lebih 184,000 orang terpaksa melarikan diri sejak awal Ogos, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memberi amaran bahawa penempatan semula penduduk dijangka berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang berikutan situasi yang tidak stabil.

"Apabila konflik semakin meruncing, semakin ramai orang terseret dalam kitaran penempatan semula yang amat membimbangkan, hidup dalam ketakutan demi nyawa mereka dengan masa depan yang tidak menentu," kata Ketua Pengarah IOM Amy Pope.

Pertempuran bertumpu terutamanya di sekitar bandar Pelabuhan Dhubab dan Mocha serta ibu negeri Taiz di barat daya negara itu.

Tentera kerajaan mendapat sokongan daripada gabungan ketenteraan yang dipimpin oleh Arab Saudi.

Menurut pemerhati ketenteraan, Kumpulan Houthi terus menduduki bandar Pelabuhan Mocha yang strategik.

Bandar itu terletak di Selat Bab al-Mandab dengan kelebaran 27 kilometer, yang menjadi laluan perdagangan laut antara Eropah dan Asia, serta penghantaran minyak dan gas cecair dari negara-negara Teluk Arab. Sesiapa yang menguasai pelabuhan itu secara berkesan dapat mengawal atau menyekat laluan kapal di selatan Laut Merah.

Gabungan yang dipimpin Arab Saudi mengumumkan bahawa ia telah memusnahkan pelancar peluru berpandu balistik di ibu negara Sana'a dan kemudahan penyimpanan peluru berpandu di kompleks pergunungan di Wilayah Barat Laut Saada, tempat 20 peluru berpandu balistik disimpan.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement