awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsulat Malaysia di Songkhla hulur bantuan kepada anak yatim dan golongan daif

Bernama
Bernama
09/11/2025
14:00 MYT
Konsulat Malaysia di Songkhla hulur bantuan kepada anak yatim dan golongan daif
Ahmad Fahmi berkata program itu bertujuan membantu meringankan beban pelajar miskin, anak yatim dan keluarga daif. - Gambar Bernama
YALA: Seramai 42 anak yatim dan 10 individu daripada golongan daif di wilayah selatan Thailand pada Ahad diraikan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla dengan kerjasama "Malaysian Universities Alumni Association of Thailand (MUAT)" melalui pemberian biasiswa dan paket makanan.

Ringkasan AI
  • Konsulat Malaysia di Songkhla merayakan 42 anak yatim dan 10 individu dari golongan daif dengan pemberian biasiswa dan bantuan makanan.
  • Program ini bertujuan membantu meringankan beban pelajar miskin, anak yatim, dan keluarga daif di wilayah selatan Thailand.
  • Penjaga kepada anak yatim menyatakan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan MUAT atas sokongan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata program itu bertujuan membantu meringankan beban pelajar miskin, anak yatim dan keluarga daif.
"Saya berharap sumbangan yang diberikan hari ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar harapan kepada para pelajar di sini," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Sementara itu, Karimah Hanikmat (She), penjaga kepada empat anak yatim menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan MUAT atas keprihatinan serta sokongan berterusan terhadap anak-anak miskin di wilayah tersebut.
"Pemberian ini menjadi pembakar semangat kepada para pelajar dan mendorong kami untuk terus mempergiat usaha membantu mereka yang lebih memerlukan," katanya.
Terdahulu, Ahmad Fahmi bersama wakil MUAT menyampaikan sumbangan biasiswa serta paket makanan kepada 52 penerima terdiri daripada anak yatim dan keluarga daif di selatan Thailand sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan MUAT di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sinar harapan
#keluarga daif
#paket makanan
#anak yatim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan