awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri

Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang

Bernama
Bernama
15/05/2024
10:41 MYT
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Sumatera Barat pada hujung minggu, sementara aliran lahar dingin dari Gunung Marapi menuruni lereng dan melanda penempatan penduduk. - Reuters
JAKARTA: Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut agensi itu, seramai 35 penduduk masih hilang, 33 lagi cedera dan lebih daripada 1,500 keluarga terjejas.
Ketua agensi bencana, Left Jen Suharyanto berkata kerajaan memberi keutamaan kepada usaha untuk memulihkan jalan dan jambatan yang rosak atau musnah akibat bencana itu yang menjejaskan operasi menyelamat dan bantuan.
Menurut beliau, helikopter turut digunakan untuk menghantar bantuan ke kawasan terjejas selain pihak berkuasa juga mempertimbangkan untuk memindahkan penduduk yang rumahnya rosak atau musnah.
Beliau berkata agensi cuaca negara itu akan segera melancarkan operasi pengubahsuaian cuaca untuk mengurangkan hujan di kawasan tersebut.
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Sumatera Barat pada hujung minggu, sementara aliran lahar dingin dari Gunung Marapi menuruni lereng dan melanda penempatan penduduk.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Sumatera Barat
#Indonesia
#banjir lahar dingin
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.